Nilai Fabregas RM384j
LONDON - Arsenal telah meletakkan tanda harga yang cukup tinggi bagi kaptennya, Cesc Fab- regas iaitu dengan nilai £80 juta (RM384 juta).
Bagaimanapun, The Gunners tidak akan mempertimbangkan penjualan pemain tengahnya itu ke Barcelona sehingga Piala Dunia 2010 berakhir meskipun Fab- regas telah menyatakan hasrat tersebut kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
Barcelona pula berharap penjualan Fabregas dapat disegerakan dengan harga £30 juta (RM144 juta) bagi membolehkan pemain kebangsaan Sepanyol itu fokus terhadap saingan Piala Dunia 2010 tetapi Arsenal enggan berkompromi.
Wenger dilaporkan secara peribadi masih menyimpan harapan supaya Fabregas, 23, tidak meneruskan hasratnya berhijrah ke kelab Catalan itu.
"Isu ini boleh berlarutan sehingga tarikh akhir perpindahan pada 31 Ogos depan dan ia jelas tidak akan membantu mana-mana pihak.
"Situasi seperti ini pernah berlaku kepada Patrick Vieira hampir setiap musim sehinggalah dia akhirnya berhijrah ke Juventus.
"Tetapi sudah tentu perjanjian pada saat akhir akan menjadi lebih serius terutama buat Arse- nal," kata sumber Arsenal.