Tuesday 25 May 2010

berita hari ini.

 

Nilai Fabregas RM384j


LONDON - Arsenal telah meletakkan tanda harga yang cukup tinggi bagi kaptennya, Cesc Fab- regas iaitu dengan nilai £80 juta (RM384 juta).
Bagaimanapun, The Gunners tidak akan mempertimbangkan penjualan pemain tengahnya itu ke Barcelona sehingga Piala Dunia 2010 berakhir meskipun Fab- regas telah menyatakan hasrat tersebut kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
Barcelona pula berharap penjualan Fabregas dapat disegerakan dengan harga £30 juta (RM144 juta) bagi membolehkan pemain kebangsaan Sepanyol itu fokus terhadap saingan Piala Dunia 2010 tetapi Arsenal enggan berkompromi.
Wenger dilaporkan secara peribadi masih menyimpan harapan supaya Fabregas, 23, tidak meneruskan hasratnya berhijrah ke kelab Catalan itu.
"Isu ini boleh berlarutan sehingga tarikh akhir perpindahan pada 31 Ogos depan dan ia jelas tidak akan membantu mana-mana pihak.
"Situasi seperti ini pernah berlaku kepada Patrick Vieira hampir setiap musim sehinggalah dia akhirnya berhijrah ke Juventus.
"Tetapi sudah tentu perjanjian pada saat akhir akan menjadi lebih serius terutama buat Arse- nal," kata sumber Arsenal.




Arsenal berbuat demikian dengan andaian bahawa jika Fab- regas menyinar pada Piala Dunia nanti, nilainya pasti akan melambung lebih tinggi.
Sementara itu, bekas pemain tengah Arsenal, Alex Hleb mena- sihatkan Fabregas untuk terus kekal bersama The Gunners.
"Saya terlalu rapat dengan Fabregas sehingga sukar bagi saya untuk menentukan apa yang terbaik buat dirinya.
"Dia dan Gael Clichy adalah dua pemain berbakat besar tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menasihatkan mereka agar terus kekal bersama Arsenal.
"Sememangnya musim ini nampak tidak menjadi buat Arsenal, namun sekiranya kedua-dua mereka terus kekal, kelab itu akan pergi lebih jauh pada musim akan datang," jelas Hleb yang berhijrah dari Emirates ke Nou Camp pada 2008.
- Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails